72893

Nourul Beramal Sambil Menyambut Tahun Baru - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-02-at-11-19-24-am-2

2018 akhirnya tiba dan kami di Suria yakin, ramai juga yang telah menyambut kehadiran tahun baru dengan pelbagai cara hujung minggu lalu.

Sudah tentu ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga di dalam dan di luar negeri. Malah golongan artis juga tidak ketinggalan untuk melakukan perkara yang sama.

Walau bagaimanapun penyanyi, Nourul Wahab Depp telah menyambut kehadiran tahun baru dengan cara yang agak berbeza di penghujung tahun 2017 hujung minggu lalu. Beberapa hari sebelum menjelang tahun baru, Nourul lewat syarikatnya Yestowellness, telah mengadakan satu persembahan amal khas ‘Glitter and Masquerade Charity Party’ untuk membantu sebuah rumah kebajikan buat anak-anak yang dianggap tidak sah taraf.

whatsapp-image-2018-01-02-at-11-19-25-am-3

“Saya sebenarnya memang sudah ada perancangan untuk mengadakan pesta hujung tahun pada mulanya. Tetapi pada masa yang sama, saya dan abang Dee (bekas pelakon siri komedi ‘Jangan Ketawa’) juga sudah lama menyimpan hasrat untuk melakukan acara persembahan amal untuk membantu anak-anak Rumah Nurhati membeli persiapan persekolahan.

whatsapp-image-2018-01-02-at-11-19-25-am-1

Rumah Nurhati merupakan sebuah rumah kebajikan yang mengasuh dan menjaga anak-anak luar nikah yang digelar tidak sah taraf. Mereka ini sebatang kara dan tidak ada sesiapa untuk bergantung. Dan setiap tahun mereka memerlukan bantuan untuk membeli barangan persekolahan.

whatsapp-image-2018-01-02-at-11-19-25-am-2

Sebagai seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak, saya tahu betapa pentingnya pendidikan. Jadi, saya terpanggil untuk melakukan sesuatu. Dan Alhamdulillah, lewat acara malam ini, kami telah berjaya mengumpulkan lebih RM11 ribu ringgit untuk anak-anak ini,” jelas Nourul.

whatsapp-image-2018-01-02-at-11-19-25-am

Acara malam itu turut menyaksikan penampilan beberapa selebriti ternama lain yang dengan ikhlas mahu membantu dan turut serta memberikan sumbangan tenaga lewat bakat mereka. Ini termasuklah Dee dan Sharifah Shahirah sebagai pengacara majlis, dan juga Salamiah Hassan sebagai penyanyi undangan.

whatsapp-image-2018-01-02-at-11-19-24-am-1

whatsapp-image-2018-01-02-at-11-19-24-am

whatsapp-image-2018-01-02-at-11-22-52-am

Dalam perkembangan lain, Nourul yang baru sahaja pulang dari Paris beberapa bulan lalu memberitahu dia sekarang sedang menanti klip video empat buah lagu Perancisnya siap sebelum pelancaran album Perancis tersebut.

“Kesemua lagu untuk album tersebut memang sudah siap dirakam. Dan kulit album juga sudah siap. Sekarang kami hanya menanti persiapan klip video empat buah lagu daripada album tersebut. Jika semuanya berjalan mengikut perancangan, Insyaa Allah album Perancis saya akan dilancarkan tahun ini,”tambah Nourul yang turut menyanyikan salah sebuah lagu Perancisnya berjudul ‘Aujourd’hui’ di acara amal tersebut.

whatsapp-image-2018-01-02-at-1-04-26-pm-1

whatsapp-image-2018-01-02-at-1-04-26-pm

Apa-apa pun kami di Suria ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada Nourul dan semoga usahanya dalam melakukan kerja amal ini akan diberi balasan yang sewajarnya. Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk album Perancisnya.

Buat yang ingin membantu anak-anak Rumah Nurhati bolehlah menghubungi Encik Zack di talian +6011 3231 3138

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!