85722

Nur Fazura Teruja Nak Berpuasa & Solat Tarawih Bersama Suami Dan Keluarga Mertua - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setiap pasangan yang berkahwin pasti teruja untuk melakukan segalanya bersama-sama sebagai suami isteri termasuklah untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Keterujaan menyambut buan Ramadan juga tidak terlepas dari pasangan popular yang sama cantik sama padan siapa lagi kalau bukan Nur Fazura dan Fattah Amin.

fattah-fazura-pc-1

Menurut Fazura, beliau rasa gembira dan teruja apabila bakal menjalani ibadah berpuasa dan menunaikan solat sunat Tarawih bersama suami dan keluarga mertua buat pertama kali.

“Ini kali pertama kami suami isteri akan menyambut Ramadan bersama. Tak tahu bagaimana akan jadinya nanti. Tetapi Inshaallah saya bahagia sekarang apabila sudah berteman.

Saya teruja untuk balik kampung suami, dan suami balik kampung saya serta menziarahi kubur arwah ayah”, jelasnya.

screenshot_20171120-203719-656x300

Ibadah di bulan Ramadan tidak hanya tertumpu kepada ibadah puasa semata-mata. Setiap umat Islam tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Begitu juga dengan Nur Fazura.

“Tahun ini saya dapat solat Tarawih bersama suami. Di rumah pun saya dan Fattah memang mempraktikan solat bersama dan itu sangat manis. Jadi kali ini pergi Terawih bersama mertua dan keluarga itu adalah sesuatu yang saya nantikan dan saya rasa ia akan jadi pengalaman yang sangat manis. Inshaallah”, ujarnya sambil mengukir senyuman kebahagian.

Ditanya bagaimana mereka menguruskan isu yang paling digeruni oleh setiap pasangan berkahwin bila Aidilfitri menjelma iaitu nak pulang beraya di kampung siapa? kata Fazura, beliau dan Fattah telah pun mempunyai kata sepakat.

“Saya dah Fattah dah sepakat kita akan balik kampung masing-masing di mana saya akan pulang ke kampung suami dulu selepas itu baru pulang ke kampung saya”, katanya.

non_20170701_16_254to256__02a6239-1

Beralih ke persiapan menjelang Aidilfitri pula, kata Fazura suaminya telah pun memilih warna apa yang akan dipakai mereka untuk digayakan sewaktu hari raya nanti.

“Tahun ini Fattah sendiri cakap ‘dah ada tema dah yang, pakai warna ini’. Saya cakap baiklah. Saya kan isteri yang mendengar kata”, katanya sambil ketawa.

Terbaru sempena Aidilfitri yang bakal menjelma ini, Fazura telah bekerjasama dengan jenama Infinence dalam menghasilkan koleksi baju raya untuk tahun 2018.

screen-shot-2018-04-19-at-1-21-27-pm

Aduh memang bersemut la pasangan Fattzura ni. Tak sabar pulak SURIA nak tengok OOTD Raya mereka di Aidilfitri nanti. Mesti Meletup! Kepada Fazura dan Fattah selamat menjalani ibadah di bulan Ramadan. Nanti SURIA nak minta Fazura kongsi resepi menu sahur. Mesti ramai yang nak kan?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!