72456

Nur Sajat Bakal Muncul Dengan Single? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nur Sajat dikhabarkan telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman yang mahu menerbitkan sebuah lagu untuknya.

Sebelum ini Dato Seri Vida telah berjaya mengeluarkan lagu I Am Me yang berjaya menjadi buah mulut orang ramai.

screen-shot-2017-07-21-at-6-46-22-pm

Menurut Sajat, beliau menerima itu sebagai satu strategi pemasaran dalam perniagaannya.

“Tawaran yang diterima sebagai satu peluang berharga untuk saya. Saya menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Cuma apa yang diinginkan adalah lagu itu kena dengan konsep dan jiwa saya.

Saya menganggap ini satu peluang positif untuk tujuan pemasaran. Apatah lagi saya adalah ahli perniagaan dan dikenali. Bukan mudah nak dapat tawaran sebegini”, katanya.

screen-shot-2017-07-21-at-6-46-35-pm

Ibu kepada dua anak angkat ini juga sudah bersedia untuk mengikuti kelas vokal sekiranya lagu itu siap untuk dirakamkan.

Namun katanya, beliau tidak boleh bercerita dengan lebih lanjut kerana belum ada sebarang perjanjian hitam putih.

screen-shot-2017-07-21-at-6-46-46-pm

Walaubagaimanapun Sajat tidak bercadang untuk bergiat serius dalam bidang nyanyian, sebaliknya hanya suka-suka dan strategi perniagaannya.

Tak sabar Suria nak dengar suara unik Sajat. Agak-agaknya apa genre yang bakal dinyanyikan Sajat nanti ya? Tunggu!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!