72167

Nur Sajat Gamatkan Konti Suria - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-04-11-at-10-02-58-am

Sejak namanya menular di alam maya tidak berapa lama dahulu, personaliti kontroversi Nur Sajat sering dikecam dan dikritik para netizens. Dia yang dahulunya terkenal sebagai seorang mak nyah atau wanita transgender yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik di Thailand, kemudian menggegarkan lagi media massa selepas gambar hangatnya berpelukan intim bersama model lelaki, Faez Nick menular di internet.

Kontroversi berterusan lagi buat Sajat kala dia mengambil keputusan untuk bertudung selepas semua itu. Namun dia kemudian bertindak untuk membuka hijabnya dan terbaru Sajat membuat pengakuan berani tentang status jantinanya yang sering dipersoalkan peminat.

whatsapp-image-2017-04-11-at-10-03-00-am

Sajat memberitahu di akaun media sosialnya yang dia sebenarnya dilahirkan sebagai seorang khunsa yang mempunyai dua alat kelamin. Dan kedua ibubapanya mengambil keputusan untuk membesarkannya sebagai seorang lelaki biarpun pada hakikatnya dia mempunyai dua jantina secara semulajadi.

Walau bagaimanapun, nalurinya sebagai seorang wanita lebih kuat, justeru dia memilih untuk menjalani hidup sebagai seorang wanita. Biarpun dikecam dan dikritik ramai pihak, Sajat sangat positif dan tidak menghiraukan kata orang. Itulah yang dia luahkan kala menjadi tamu di slot Suria Pagi di konti Suria.

whatsapp-image-2017-04-11-at-9-52-34-am

Keperibadiannya yang gila-gila menggamatkan konti kami di Suria bersama penyampai slot tersebut iaitu Halim Othman, Zulin Aziz dan juga Fizi Ali.

Sajat mengaku yang dia lebih selesa menjalani hidup sebagai seorang wanita dan dia bukanlah wanita yang bergantung kepada lelaki lain. Malah Sajat juga seorang usahawan yang berjaya. Sajat mempunyai perniagaan produk kecantikannya tersendiri yang mendapat sambutan di kalangan ramai orang.

Kami di Suria tidak menghakimi siapapun dan mendoakan yang terbaik untuk semua pendengar, pengikut serta kawan-kawan kami. Semoga Tuhan memberikan yang terbaik buat kita semua, Insyaa Allah.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!