87489

Ocean’s 8: Pencurian Paling Glamor di Layar Perak! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setiap kali musim perayaan Aidilfitri tiba, pasti ada banyak filem-filem yang dipromosikan di pawagam. Selain filem-filem tempatan, banyak juga filem-filem Hollywood yang berebut untuk mendapatkan perhatian para penonton.

Dan untuk Hari Raya kali ini, pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton Ocean’s 8. Seperti yang diketahui oleh ramai penggemar filem, Ocean’s 8 merupakan kesinambungan siri filem-filem Ocean lain iaitu Ocean’s 11, Ocean’s 12 dan Ocean’s 13.

Membawa tema yang serupa seumpama siri filem Ocean sebelumnya, Ocean’s 8 masih mempertaruhkan kelicikan watak-watak utamanya dalam melakukan jenayah pencurian pada skala yang lebih besar dan merumitkan. Namun apa yang membuat Ocean’s 8 berbeza dan lebih unik daripada siri filem sebelumnya adalah kali ini, kesemua watak-watak utamanya diterajui oleh wanita. Dan mereka merancang untuk mencuri seutas kalung berlian berharga $150 juta (dollar Amerika Syarikat)!

Lebih menarik lagi usaha untuk mencuri kalung tersebut dilakukan di MET Gala, acara gala paling glamor dunia fesyen dan selebriti. Ini memberi peluang kepada semua peneraju utama untuk tampil dalam busana paling anggun mereka semasa melakukan pencurian. Malah, inilah yang menjadikannya ‘kes pencurian’ paling glamor di layar perak untuk tahun ini!

Terdapat beberapa babak mencemaskan sepanjang filem dan ini menjadikannya lebih menarik untuk ditonton. Namun apa yang mungkin bakal membuatkan filem ini laris adalah barisan pelakon hebatnya yang terdiri daripada nama-nama tersohor Hollywood seperti Sandra Bullock, Cate Blanchett, Anne Hathaway, Helena Bonham Carter, Rihanna dan ramai lagi!

Jadi jika raya ini anda mencari filem yang ingin ditonton, jangan lupa saksikan kehebatan Ocean’s 8 di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 14 Jun ini!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!