84814

OhMostWanted dari Nora Danish Sudah Masuk Tahun Ketiga! - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

rash3539

Tanpa disedari, produk kencantikan milik Nora Danish iaitu OhMostWanted sudah tiga tahun berada di pasaran.

rash2977

OhMostWanted sebenarnya lahir daripada minat Nora yang mendalam dalam bidang kecantikan dan penjagaan wajah sejak dari kecil lagi. OhMostWanted juga terinspirasi hasil daripada pengalaman Nora melancong ke luar negara dan aspirasi Nora terhadap perkara-perkara yang cantik, penuh keremajaan, comel dan sangat feminin.

rash2978

Untuk makluman semua, pada tahun 2018 ini, jenama OhMostWantedTM sebenarnya bakal memasuki tahun ketiga ia dipasarkan. Tahun 2018 merupakan tahun yang amat sesuai untuk fasa komersialisasi selepas 2 tahun kumpulan OhMostWanted bertungkus-lumus melakukan kajian pasaran, pengesahan pasaran dan kajian serta pembangunan.

rash2962

Selama 2 tahun sebelum ini, Nora banyak terlibat secara langsung di belakang tabir kerana masih terikat dengan beberapa kontrak sebagai duta kepada produk penjagaan kulit dan kecantikan. Keunikan produk keluaran OhMostWanted terletak kepada kandungan yang diformulasikan oleh 2 orang rakan perniagaan Nora iaitu Dr Aina dan Dr Azri yang merupakan doktor estetik (kecantikan) dari Klinik Hana meletakkan produk keluaran syarikat Nora dalam kategori kosmetik dan farmasiutikal. Di bawah jenama OhMostWanted buat masa ini mempunyai 4 produk seperti Magic Foundation dengan SPF 50, Pout-fect Lip Cream, Magic Blender dan Magic Wand yang diformulasikan untuk kegunaan harian.

rash3192

Hasil tindakbalas yang diperolehi selama ini, rata-rata pengguna berpuas hati dengan kualiti produk keluaran Nora seperti Magic Foundation kerana ia amat ringan, mudah ditanggalkan, mesra wudhu’, dan mampu membantu menyelesaikan masalah kulit mereka.

“Seawal bulan Januari 2018, kami akan mengeluarkan beberapa produk lagi untuk siri Pro-Face-sional iaitu untuk penggunaan yang lebih ‘berat’ seperti menghadiri majlis-majlis tertentu. OhMostWanted Girls selepas ini akan sentiasa bersedia gambar mereka diambil oleh ‘paparazi’ ketika majlis berlangsung!” tambah Nora lagi.

rash3530

Untuk pengetahuan semua, produk-produk OhMostWanted boleh didapati di semua cawangan Play Up Advance, Klinik-klinik kecantikan dan farmasi terpilih, kedai-kedai online seperti MySmink, BeautyBrowse dan PinkboxCereal, rakan-rakan pengedar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei atau di laman rasmi www.ohmostwanted.com.

“Di kesempatan ini, Nora juga ingin menawarkan peluang menjadi rakan perniagaan Nora untuk mengedarkan produk-produk kami dengan modal yang rendah dan margin keuntungan yang tinggi sebagai tambahan pendapatan kepada pelajar-pelajar universiti, suri rumah atau kepada sesiapa sahaja yang ingin turut serta menjadi sebahagian daripada kumpulan kami,” jelas Nora.

Pada tahun 2018 juga, Nora memberitahu dia sedang mengintai peluang eksport ke Indonesia, Thailand, Filipina dan beberapa negara Eropah dengan kerjasama rakan niaga strategik di sana.

rash3333

“Akhir kata, dikesempatan ini, Nora ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Play Up Advance kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk menyenaraikan produk-produk kami sebaris dengan 10,000 produk antarabangsa yang lain. Ia lambang pengiktirafan dan sokongan kepada team OhMostWantedTM yang telah lama bekerja keras untuk memastikan jenama ini setanding dengan jenama antarabangsa yang lain,” ujar Nora menutup bicara.

Tahniah Suria ucapkan kepada Nora Danish.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!