85043

OlaBola The Musical Sehebat Filemnya! - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

victorious-harimau-malaya

Enfiniti, syarikat produksi hiburan terkemuka yang memenangi anugerah di Malaysia, sekali lagi menggegarkan industri seni teater muzikal tempatan dengan pementasan menakjubkan OlaBola The Musical.

Persembahan yang dinanti-nantikan di Istana Budaya yang baru diubahsuai Rabu lalu menyaksikan pentas gah itu ‘berubah’ menjadi sebuah stadium yang besar.

coach-harry-mountain-and-the-harimau-malaya-team

OlaBola The Musical merupakan sebuah adaptasi hebat daripada filem asal OlaBola yang pernah mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tempatan. Filem yang hebat itu berjaya menarik perhatian segenap rakyat Malaysia sepanjang tayangan dan kini versi muzikalnya juga tidak mengecewakan. Malah ia lebih menarik dengan penggarapan muzik serta seni koreografi yang begitu jitu dan dinamik.

Ini diperhebatkan lagi dengan pembabitan seni grafik dan kesan visual khas dalam teater yang belum pernah disaksikan pada pementasan lain di Malaysia.

olabola-the-musicals-cutting-edge-visual-effects

OlaBola menjejak kisah “Tauke” Chow Kwok Keong iaitu kapten pasukan yang bertekad untuk menerajui pasukan Harimau Malaya ke mercu Olimpik, dan sahabat baiknya, Rahman yang sangat peramah dan bercita-cita menjadi pengulas sukan. Muzikal ini juga memaparkan penjaga gol pasukan Muthu, bintang penyerang Ali dan barisan anggota pasukan lain yang pelbagai ragam, dengan penonton mengamati kisah impian pasukan muda ini dan cabaran yang mereka tempuh di dalam kejohanan Olimpik, di mana ketika itu negara yakin mampu mencapai impian besar.

Lebih menarik lagi, ia turut menampilkan unsur hip hop dengan penampilan gah bintang Rap, Altimet yang juga berperanan sebagai penulis lirik untuk pementasan ini.

altimet-as-sergeant-ahmad

Dipersembahkan semula di atas pentas oleh Tiara Jacquelina, menerusi lirik yang menusuk jiwa, koreografi yang menawan dan lakonan mantap, muzikal ini bermula dengan pemaparan individu pasukan Harimau Malaya yang terus berlatih dengan gigih walaupun gagal melayakkan diri ke Olimpik 1976 tetapi penceritaan perlahan-lahan mendedahkan cabaran yang setiap watak utamanya harus hadapi, daripada kapten pasukan, Chow Kwok Keong yang terpaksa membuat pilihan antara cintanya terhadap bola sepak dengan menyediakan nafkah untuk keluarganya. Manakala bintang penyerang, Ahmad Ali secara mendadak menerima saingan dengan pengenalan penyerang kedua dalam pasukan. Dan dilema penjaga gol, Muthu yang bapanya sangat menentang anaknya bermain bola sepak dan mahu dia membantu keluarga. Ketegangan memuncak dalam setiap babak dan menyaksikan pasukan berpecah-belah dan tidak bersemangat. Namun, pasukan ini secara perlahan-lahan menginsafi kepentingan peranan setiap pemain dan menyedari pasukan itu berpeluang mencapai impian sama jika bersatu padu.

OlaBola The Musical menyaksikan lakonan dan nyanyian mantap bintang-bintang seperti Iedil Putra, Luqman Hafiz, Altimet, Douglas Lim serta ramai lagi. Ia juga menampilkan Stephen Rahman Hughes sebagai salah seorang watak penting pementasan itu.

tiara-jacquelina-and-the-leading-cast

Teater muzikal itu terbuka kepada orang ramai bermula Khamis, 8 Februari dan berlangsung sehingga 11 Mac 2018.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!