89508

One Two Jaga Cermin Kebenaran Yang Tersembunyi - Suria FM - Segalanya Hiburan
Ini merupakan filem yang wajib ditonton untuk tahun ini.
Ia mungkin kedengaran agak keterlaluan untuk memulakan pengenalan tentang filem ini dengan ayat sedemikian, namun ia benar-benar sebuah produk dunia perfileman tempatan yang berkualiti.
Berbanding filem-filem komersial lain yang banyak mendapat promosi serta pendedahan dari awal tahun jauh sebelum tarikh tayangan, ‘One Two Jaga’ muncul secara tiba-tiba di tengah kebangkitan filem Melayu yang semakin berkembang.
Keberanian One Two Jaga mengupas isu-isu yang agak sensitif dan memberi gambaran tentang apa yang mungkin sedang berlaku dalam masyarakat kita, pasti mampu membuka mata penonton dan menimbulkan sedikit kesedaran.
Filem ini menceritakan tentang gejala korupsi dan rasuah yang ada dalam masyarakat, khasnya di kalangan pegawai polis dan mereka yang berjawatan tinggi.
Lebih menarik lagi, filem ini mendapat sentuhan pengarah dan pelakon terkenal Nam Ron yang berjaya membantu para pelakonnya memberikan persembahan yang baik serta sangat meyakinkan.
Barisan pelakon berbakat daripada beberapa negara seperti Zahiril Adzim, Amirul Efendy, Vanidah Imran, Asmara Abigail dan juga Ario Bayu benar-benar berjaya menjadikan One Two Jaga sebuah karya yang unggul dan wajar ditontoni.
Jadi pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menonton filem hebat ini. Suria mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan karya ini.
One Two Jaga mula ditayangkan di semua pawagam di Malaysia bermula 6 September 2018.
*Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!