72115

'Orang Hanya Tahu Mengutuk Sahaja' – Che Ta Jelaskan Tentang Isu… - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kalau dilihat nama pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta sering menjadi bualan topik hangat tentang kontroversi yang sentiasa melanda dirinya.

12965785_1584458001868674_119109319_n

Pasti ramai yang sudah mengenali puteri bongsu Che Ta yang si comel dengan perwatakan yang sentiasa mencuit hati iaitu Aaisyah Dhia Rana hasil perkahwinan Che Ta dan Zain Saidin.

screenshot2015-12-14at6-00-35pm

Terbaru, Aaisyah yang dikatakan bakal mewarnai kaca televisyen dengan sebuah program realiti beliau tersendiri iaitu Little Princess Aaisyah dan hal itu juga tidak terlepas daripada kritikan sesetengah netizen yang melabelkan Che Ta seolah-olah mengaut keuntungan dari hasil populariti Aaisyah.

aisyaa-anak-che-ta-web

Gara-gara tidak mahu lagi isu ini terus berpanjangan, Che Ta sendiri telah tampil bagi menjawab segala komen negatif yang dilemparkan terhadapnya dan ia jelas menunjukkan Che Ta seakan-akan sudah sebati dengan kritikan yang mengaitkan namanya.

Jom kita baca sendiri antara kenyataan dari tuan empunya badan ini sendiri.

“Kalau bayaran sesuatu program itu berbaloi, kenapa saya perlu tolak? Lagipun, duit itu dia (Aaisyah) yang punya. Saya tidak pernah ambil satu sen pun. Tapi saya rasa tidak salah kalau dia buat duit sendiri sekarang. Semua demi masa depan dia sendiri. Orang hanya tahu mengutuk sahaja.”

Bagi pendapat kami di SURIAfm, tiada salahnya jika seorang ibu mahupun ayah berusaha untuk meraih sesuatu demi menjamin masa depan anak mereka sendiri. Kalau sudah rezeki mereka ditulis sebegitu, jadi tiada salahnya.

Sumber : Utusan Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!