92558

Orang Ipoh Terhibur Di Jelajah Suria! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hampir 3,000 pengunjung hadir memeriahkan siri Jelajah Suria 2019 yang bertempat di AEON Station 18, Ipoh pada hari Sabtu lepas.

Pengunjung dilihat mula membanjiri ruangan pentas seawal jam 12 tengah hari bagi menyertai dan menyaksikan pertandingan Kutu Karoks yang menawarkan hadiah wang tunai dan hamper tajaan syarikat rakaman FMC.

Penyanyi Andi Bernadee yang popular dengan lagu Satu Peluang adalah antara artis yang paling dinantikan dan mendapat sorakan tiap kali namanya disebut pengacara. Lebih menarik lagi, di Jelajah Suria inilah kali pertama Andi menyanyikan lagu terbarunya yang berjudul Donde dikhalayak ramai selepas dilancarkan pada 29 Mac yang lepas.

Menurut Andi, beliau berasa amat gembira dengan sambutan peminat di Ipoh dan teruja bila dapat bersama Suria dalam jelajah kali ni. Namun, Andi sedikit terkilan apabila hanya mampu memenuhi satu lokasi sahaja memandangkan jadual beliau yang sangat padat.

“Alhamdulillah, sambutan untuk lagu Donde adalah di luar jangkaan. Konsep atau genre lagu yang Andi bawa lain daripada yang lain. Nasib baik pendengar di negara kita boleh terima genre Raggaeton ini. Selepas lagu ini dilancarkan, Jelajah Suria adalah lokasi pertama untuk Andi menyanyikan lagu ini. Jadi, Andi ambil peluang untuk menyanyikan lagu ini secara langsung. Ada juga peminat yang dah hafal lagu ini walaupun baru beberapa hari dilancarkan. Terima kasih kepada Suria FM yang menyokong dan memainkan lagu Donde dan tak lupa juga lagu Satu Peluang,” tambah Andi.

 

 

Selain Andi, turut hadir ialah barisan artis jemputan seperti Amir Ukays, Adira, Amir Masdi, Siti Nordiana, Tajul, Fareez Fauzi, Muna Syahirah, Naim Daniel dan Vicha. Vicha merupakan salah seorang daripada ‘Super 8 Team Pagi Suria’ dimana Vicha akan menjadi penyampai jemputan di segmen Team Pagi Suria bersama Fizi Ali dan Issey bermula pada 1 April hingga 5 April ini.

Tidak ketinggalan, penyampai-penyampai Suria seperti Fizi Ali, Issey, Cik Piah, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin yang turut mendapat sorakan apabila membuat persembahan pembukaan.

Selain menyaksikan persembahan artis, pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti pentas seperti Kutu Karoks, Cuci Lagu Suria dan permainan pentas lain yang menawarkan wang tunai dan barangan eksklusif Suria FM.

Lokasi Jelajah Suria seterusnya akan ke Aman Central, Alor Setar Kedah pada Sabtu ini, 6 April 2019  dan akan menampilkan kesemua penyampai Suria serta artis jemputan seperti  Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Ara Johari, Wany Kayrie, Izzue Islam, Afieq Shazwan, Floor 88, Ernie Zakri, Amir Masdi, Neon Band, Nizam Laksmana, Gmie Screen dan selebriti media sosial Shazz.

Jumlah wang terkumpul untuk peraduan Cuci Lagu Suria kini meningkat kepada RM1,000! Jadi pemanggil pertama di talian 03-77242115 apabila mendengar isyarat memanggil ke udara menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta minggu ini!

Dapatkan juga maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #JelajahSuria2019 untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!