89984

Orang Pulau Pinang ‘Buat Ramai’ Di Konsert Jelajah SURIA Bukit Mertajam - Suria FM - Segalanya Hiburan

Konsert Jelajah SURIA 2018 telah singgah di MYDIN Bukit Mertajam Pulau Pinang pada Sabtu lalu untuk bertemu dengan pendengar-pedengar setia SURIA di bahagian utara tanah air.

Sambutan yang diterima sangat luar biasa! Mana tidaknya, seramai lebih 6000 orang membanjiri perkarangan pentas utama pasaraya MYDIN Bukit Mertajam untuk berhibur bersama artis-artis terkenal tanah air.

Lebih gamat dan haru biru jadinya di atas pentas apabila penyampai-penyampai SURIA seperti Fizi Ali, Issey, Shahrol Shiro, Feeya Iskandar, Tyzo, Suraya Borhan, Shahrifah Shahira dan DJ Lin ‘mengenakan’ peminat-peminat di atas pentas dengan aksi-aksi lucu dan spontan.

Deretan barisan artis-artis popular tempatan seperti Siti Nordiana, Wany Hasrita, Nabila Razali , Wani Music, Tajul, Amir Masdi, Tyka, One Avenue Band, Nizam Laksamana dan Tyka memang ditunggu-tuggu oleh peminat di Pulau Pinang.

Malah Wany Hasrita dan Tajul buat pertama kalinya mendendangkan lagu duet terbaru mereka yang berjudul Aku Serius di konsert Jelajah Suria kali ini.

Kelab peminat Siti Nordiana Utara turut hadir dan membawa sepanduk tanda sokongan kepada artis kesayangan mereka.

Di siri jelajah kali ini, atas permintaan ramai, buat pertama kalinya SURIA menjual T-Shirt ekslusif SURIA yang berharga RM20. Tak sangka T-Shirt SURIA laris bagai nasi kandar beratur! Berpusu-pusu warga Pulau Pinang membeli T-Shirt SURIA untuk dipakai pada waktu itu juga.

Peminat memang setia tidak berganjak walaupun konsert telah tamat. Malah artis dan juga penyampai-penyampai SURIA turut diserbu sehingga ke bas.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada warga Pulau Pinang kerana memberikan sokongan yang sangat hebat sepanjang Konsert Jelajah SURIA berlangsung di MYDIN Bukit Mertajam. Ada rezeki pasti kami ke sini lagi!

Kepada anda yang berada di bahagian selatan tanah air, jangan lupa untuk hadir dan rasai sendiri kemeriahan Konsert Jelajah SURIA yang terakhir di Plaza Angsana Johor Bharu pada Sabtu ini dengan lebih ramai artis-artis popular seperti Sarah Suhairi, Floor 88, Syafiq Farhain Wanie Kayrie, dan ramai lagi. Jumpa anda di sana!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!