71977

"Orang Sana Happy, Tetapi Kita?" – Elly Mazlein Kongsi Tips Untuk Bangkit Dari Kekecewaan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ini apa yang terjadi terhadap pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina yang dahulunya pernah dilanda musibah apabila rumah tangga yang dibina akhirnya kecundang.

Apa yang lebih memeritkan lagi apabila beliau diceraikan ketika usia kandungannya mencecah 3 bulan. Bukan mudah untuk seorang wanita menjalani hidupnya dengan seorang anak kecil yang baru sahaja dilahirkan tanpa suami disisi. 

Apabila ditanya bagaimana Kak Lina boleh terus bangkit dan apa yang membuatkan beliau begitu kuat menghadapi dugaan rumah tangga, orang ketiga dan sesetengah netizen yang kurang suka dengan beliau, ini jawapannya:

“Apa yang Kak Lina boleh katakan, menangislah sepuas-puasnya tetapi cukup untuk satu hari. Kalau kita menangis hari-hari dan benda itu boleh back to normal memang berbaloi tetapi kalau tidak? 

“Jangan rosakkan diri dengan airmata. Orang disana happy tetapi kita? Memang perit tetapi walau bagaimanapun kita perlu atasi benda ini kerana inilah jalan cerita yang sudah tertulis untuk kita.

“Sama ada kita nak atau taknak, kita mesti terima dan terus bangkit”, katanya didalam slot Apa Itu Cinta.

Kak Lina juga sempat meluahkan rasa bersyukur dan terima kasih kerana diberikan peminat dan keluarga yang sentiasa menyokongnya tatkala beliau dalam kemelut rumah tangga.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk ucapkan terima kasih. Rasa seperti ingin berjumpa dengan setiap orang dan ucap terima kasih sangat-sangat kerana sentiasa menyokong saya. 

“Selepas apa yang saya lalui, kini saya terima macam-macam kemanisan yang membuatkan saya terus kuat dan saya sangat menghargainya”, katanya lagi.

Apa Itu Cinta mula ke udara pada 30 Disember 2016 menerusi segment Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin dan ia boleh disaksikan secara live di laman Facebook SURIAfm setiap hari Jumaat jam 9 malam. 

Nantikan kemunculan Fauzi Nawawi dan isterinya, Lisdawati yang akan berkongsi cerita tentang kisah cinta mereka pada minggu ini.

Kepada anda yang ingin menyaksikan ulangan #ApaItuCinta, boleh layari suriafm.com.myYoutube SuriaTV atau Facebook Suriafmmalaysia.

unknown

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!