95148

Otai Juara KiraOke Suria - Suria FM - Segalanya Hiburan

Seramai 12 finalis berentap di pertandingan akhir KiraOke Suria bagi merebut sebahagian daripada wang tunai bernilai RM10,000 pada 12 Oktober lepas di Mydin 2 Seremban, Negeri Sembilan.

Benar orang kata, otai masih berbisa apabila Rosiah Baharuddin, wakil Zon Tengah dinobatkan sebagai juara Grand Finale KiraOke Suria dan membawa pulang wang tunai bernilai RM4,000 beserta sebuah hamper tajaan Mydin. Rosiah yang membawakan lagu Keangkuhanmu daripada Ramlah Ram bukan sahaja mendapat sorakan hebat daripada penonton yang hadir malah daripada pengikut Suria Malaysia di media sosial.

Tempat kedua pula dimenangi oleh wakil Zon Selatan iaitu Shazzana Binti Samah yang membawakan lagu Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Muhammad Hanizam dengan lagu Fatwa Pujanggan nyanyian Vidor Hutabarat.

Kesemua finalis ini merupakan pemenang tempat pertama hingga tempat ketiga menerusi pertandingan KiraOke Suria yang dianjurkan di empat lokasi konsert Karisma Jelajah Suria pada September lepas.

Nur Hazikah Hanafi, Rosiah Baharuddin dan Nabilah Mohammad merupakan peserta yang mewakili Zon Tengah manakala Zon Utara diwakili oleh Muhammad Hanizam Azman, Noor Intan Bt Ishak dan Muhammad Hafiz bin Mohd Jamal. Zon Selatan pula diwakili oleh Amir Sidiq Bin Khairi, Shazzana Binti Samah dan Nur Farhana Binti Zaidi dan Zon Pantai Timur diwakili oleh Suzana binti Mohammad Akhiyar, Khairulanwar Bin A Shukor dan Nor Umairah Izzati bt Mohd.

Persembahan peserta dinilai dari segi kelancaran nyanyian dan kreativiti gaya persembahan. Sistem permarkahan pula adalah 100% daripada penilaian juri jemputan yang terdiri daripada artis popular seperti Ernie Zakri, Amylea, Hazama dan Eddie Hamid.

Pengunjung yang hadir bukan sahaja dapat menyaksikan kesemua 12 peserta ini bertanding malah turut berhibur bersama persembahan daripada penyampai Suria iaitu Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin serta artis jemputan Ernie Zakri, Amylea dan Hazama.

Amacam gais? Korang rasa macam mana pulak nyanyian daripada Muhammad Hanizam ni? Hebat kan? #grandfinalekiraokesuria #Mydin #suriamalaysia #segalanyahiburan #MydinMalaysia #Mydin62tahun #SuriafmXmydin

Posted by Suria FM on Saturday, October 12, 2019

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!