91426

Padah Tertidur Di R&R, Dompet Issey Dicuri Penyangak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Aduh malang betul nasib penyampai Team Pagi Suria ni siapa lagi kalau bukan Issey yang baru sahaja disamun baru-baru ini.

Issey yang keletihan selepas pulang dari penggambaran kira-kira jam 4 pagi dari Banting telah berhenti rehat di R&R USJ.

Apabila beliau sedar sahaja dari tidur kira-kira pukul 6 pagi, kelihatan pintu di bahagian penumpang telah pun terbuka dan dompet Issey telah pun dicuri.

Tambah Issey lagi, pencuri itu sempat menggunakan wang dari kad bank Issey sebanyak RM200. Namun Issey telah membuat laporan polis di Damansara.

Mujur Issey selamat dan tidak di apa-apakan. Kepada anda diluar sana, berhati-hatilah ketika berhenti rehat. Pastikan tempat anda berhenti rehat itu terang dan ramai orang.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!