90623

Padah Menjadi Terkenal Dalam ‘A Star Is Born’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

‘A Star Is Born’ sebenarnya merupakan sebuah filem rekaan yang sudah beberapa kali dibikin semula. Filem asalnya yang pertama dilancarkan pada tahun 1937 dan edisi 2018 ini merupakan bikinan semula yang keempat!

Dan untuk versi terbaru ini, ia mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Ally (lakonan Lady Gaga) yang jatuh cinta dengan seorang penyanyi rock terkenal bernama Jackson Maine (lakonan Bradley Cooper) yang juga bertindak sebagai penerbit dan pengarah filem ini.

Ally merupakan seorang gadis berbakat besar dalam bidang nyanyian dan mendapat tawaran menjadi artis rakaman terkenal selepas diberi peluang menyanyi bersama Jackson di beberapa konsertnya. Namun Jackson yang juga seorang pemabuk menjadi satu beban buat Ally yang baru sahaja melakar nama sebagai penyanyi. Pelbagai rintangan yang perlu dihadapi Ally dalam cerita ini demi menjadi seorang penyanyi tersohor.

Filem ini memberi peluang kepada Lady Gaga untuk bersinar sebagai seorang bintang. Bukan sahaja dia berjaya memberikan lakonan yang hebat malah kelunakan vokalnya juga terserlah dalam setiap lagu yang dinyanyikan. Begitu juga buat Bradley yang tidak kurang hebatnya dalam menghiburkan penonton dengan nyanyiannya sepanjang filem.

Buat anda yang ingin menyaksikan lakonan Lady Gaga dan Bradley Cooper menyanyi, inilah peluang anda.

A Star Is Born sudah mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Oktober 2018.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!