72228

Pak Nil Jelaskan Mengapa Beliau Membuat 'Review' Secara PERCUMA Tanpa Kos Pembayaran - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kalau dilihat kini sudah ramai anak muda yang semakin aktif dalam dunia perniagaan demi untuk memantapkan lagi kewangan mereka.

Tetapi untuk memulakan perniagaan menerusi akaun Instagram bukanlah sesuatu yang memudahkan jika tidak menggunakan perkhidmatan selebriti mahupun Insta Famous untuk ‘review’ tentang produk tersebut.

Kebanyakkan selebriti dan Insta Famous juga akan mengenakan bayaran terhadap produk yang ingin di ‘review’ menerusi akaun Instagram masing-masing.

Paling menyedihkan apabila ada segelintirnya yang sanggup meletakkan harga bayaran mahal dan mengira tempoh berapa lama ia akan terus disiarkan.

Kali ini berlainan pula dengan pengacara popular, Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengambil keputusan untuk tidak mengenakan apa-apa bayaran jika ada individu yang menginginkan beliau ‘review’ produk mereka.

aznil

#Paknil hargai kerjasama korang semua untuk menaja ‘FOLLOW’ akaun Instagram @bazaarpaknilofficial ramai2 agar #paknil boleh teruskan usaha membantu usahawan2 baru mendapat khidmat #PaknilReviewPercuma di IG. Bg paknil, 1juta follower Paknil boleh sama2 dpt manfaat jumlah yg ramai itu.

Modal mereka kecil tak mampu utk iklan beribu2 ringgit. Followers mereka pula kecil utk mereka war2kan product mereka. Jadi, pinta Paknil jika korang boleh bantu jugak dgn hanya follow IG @bazaarpaknilofficial dan repost posting ini sgt Paknil hargai 😁 Kalau kita ramai, kita mampu lakukannya. Tak perlu bayar Paknil. Paknil ikhlas buat review. Rezeki Allah akan salur cara lain buat Paknil. Terima Kasih semua.

Pak Nil juga mengatakan apa yang dilakukan olehnya adalah ikhlas untuk membantu mereka berjaya dalam perniagaan. Salute!

Rata-rata netizen juga meluahkan rasa terima kasih dan terharu dengan sikap Pak Nil yang tidak mementingkan wang ringgit semata-mata.

Kami di SURIA juga turut berbangga kerana Pak Nil merupakan satu-satunya selebriti yang suka menolong orang lain untuk berjaya dalam dunia perniagaan secara dalam talian.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!