72735

Pameran Kumpulan HABIB Di The Curve Tawar Harga Menarik - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kumpulan HABIB mengadakan majlis pelancaran koleksi terbaru dari HABIB, Pandora, Ice-Watch dan juga Hearts On Fire bersempena Pameran dan Jualan yang berlangsung di ruang legar The Curve Damansara.

screen-shot-2017-11-01-at-4-02-06-pmMajlis yang diadakan julung kalinya pada tahun ini berlangsung sehingga 5 November ini menjadi satu tarikan dimana pelanggan boleh menikmati koleksi-koleksi terbaru di The Curve Damansara.

screen-shot-2017-11-01-at-3-46-28-pm

Pada tahun ini, pameran dan jualan kumpulan HABIB menampilkan “Spend n Spin” untuk memberikan hadiah bernilai sehingga RM30,000 untuk dimenangi dalam setiap pusingan. Hadiah yang diberikan merangkumi loket berlian dan rantai mutiara bernilai RM8,000 setiap satu.

screen-shot-2017-11-01-at-3-46-05-pm

Istimewa buat bakal pengantin, HABIB turut menawarkan koleksi perkahwinan yang terbaru bersempena musim perkahwinan yang bakal tiba antaranya koleksi ‘H’ yang menampilkan padanan emas ros dan juga emas putih 18k bersama berlian yang merangkumi cincin tanda, tunang, kahwin dan juga set hantaran.

screen-shot-2017-11-01-at-3-48-15-pm

Tidak kurang juga dengan koleksi terbaru dari ‘Hearts On Fire’. Rekaan terbaru dari koleksi perkahwinan dan fesyen merangkumi pelbagai rekaan. Hearts On Fire menawarkan 5 koleksi iaitu Aerial, Lorelei, Illa dan Copley.

screen-shot-2017-11-01-at-3-53-35-pm

screen-shot-2017-11-01-at-3-54-30-pm

Buat peminat koleksi barang kemas PANDORA, PANDORA kini melancarkan koleksi terbaru mereka yang menampilkan rekaan eksklusif musim sejuk/krismas 2017. Koleksi tersebut boleh didapati di seluruh bilik pameran PANDORA di seluruh negara bermula dari 2 November 2017 dengan harga bermula dari hanya RM119.

screen-shot-2017-11-01-at-3-55-42-pm

Tidak ketinggalan jam tangan mewah mampu milik dari Belgium iaitu ICE-WATCH turut serta menampilkan tiga koleksi terbaru mereka iaitu Ice-Mirror, Ice-Sparkling dan koleksi istimewa Piere Leclercq yang menawan. Kesemua koleksi terbaru tersebut boleh didapati di seluruh galeri ICE-WATCH seluruh negara bermula dari awal Disember 2017.

img_20171031_152101

img_20171031_152127

Kepada para penggemar barang kemas dan jam tangan jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke ruang legar The Curve Damansara bagi menikmati tawaran istimewa dan hadiah menarik dengan setiap pembelian anda.

https://www.instagram.com/p/Ba53vjAlv4h/?hl=en&taken-by=habibjewelsofficial

Anda juga boleh lawati laman Instagram rasmi HABIB untuk melihat lebih banyak promosi.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!