Panas! Panas! Panas! Apabila penyanyi dangdut Sheeda telah memuatnaik video dia menyerang Ifa Raziah di Instagram.

Dalam video yang dimuatnaiknya itu, kelihatan Sheeda mengekori Ifa dari belakang di tempat parkir kereta dan mempersoalkan tindakan Ifa yang membuat kenyataan mengenainya di sebuah program televisyen.

Di dalam kapsyen yang ditulis Sheeda pula, dia menggelar Ifa sebagai perempuan plastik dan tidak berani bersemuka dengannya selepas membuat cerita buruk mengenai Sheeda.

Video itu dipercayai dirakam oleh anak Sheeda iaitu Bienda kerana kedengaran suara wanita yanng menyuruh Sheeda untuk bersabar.

Diruangan komen ramai juga yang bertanya adakah ini cuma gimik semata-mata untuk melancarkan ‘sesuatu’. Ya lah sejak kebelakangan ini, ramai selebriti tempatan yang membuat gimik yang bukan-bukan untuk menarik perhatian.

Apa-apa pun kita tunggu penjelasan daripada ifa Raziah dan Sheeda.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!