99816

Panggil Scott Disick Suami, Kourtney Kardashian Hanya Bergurau - Suria FM - Segalanya Hiburan

PERSONALITI terkenal Kourtney Kardashian menarik perhatian peminat apabila secara berseloroh memanggil bekas kekasih, Scott Disick sebagai suami menerusi salah satu foto terbaharunya di aplikasi TikTok.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu pasangan itu sememangnya rapat namun mereka hanya mempunyai hubungan sebagai ibu bapa yang sama-sama menjaga anak-anak mereka.

Biarpun Scott dan Kourtney saling menyayangi satu sama lain namun tidak mungkin mereka akan berkahwin dan apa yang ditulisnya itu hanya sekadar gurauan.

“Scott dan Kourtney memang sangat rapat tapi tiada hubungan istimewa antara mereka selain bersama-sama menjaga anak mereka dan menjadi rakan baik.

“Scott akan sentiasa menyayangi Kourtney dan Kourtney juga sentiasa menyimpan tempat untuk Scott tapi tak mungkin mereka berdua akan berkahwin. Ia sekadar jenaka,” kata sumber.

Selepas pendedahan hubungan cinta dengan model Sofia Richie berakhir pada Jun lalu, Scott Disick dilaporkan menghabiskan waktu hujung minggunya dengan bekas kekasih, Kourtney Kardashian.

Kredit gambar dan artikel dari mStar dan Hollywoodlife

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!