96179

Paparazi Saman Ariana Grande Sebab ‘Post’ Gambar Sendiri Di Media Sosial, Bakal Berdepan Tindakan Saman RM200,000 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Seorang jurugambar paparazi memfailkan saman sebanyak RM200,000 ke atas Ariana Grande selepas penyanyi terkenal itu memuat naik gambar dirinya di Instastory.

Ariana dikatakan gagal mengambil iktibar atas kesilapan lalu apabila sekali lagi menggunakan foto itu tanpa kebenaran di media sosial.

Ini merupakan kali kedua penyanyi lagu 7 Rings itu berdepan saman dengan paparazi sama.

Paparazi berkenaan mendakwa dia yang bergantung hidup dengan hasil jualan gambar selebriti berdepan kerugian apabila Ariana menggunakan gambar yang diambilnya secara percuma untuk kepentingan diri.

Bagaimanapun berita mengenai tindakan saman terhadap Ariana nampaknya menimbulkan kemarahan peminat penyanyi itu yang menyifatkan ia sebagai tidak adil.

Ariana didakwa gagal mengambil iktibar dari kes saman sebelum ini.

“Ariana Grande disaman kerana post gambar yang diambil paparazi itu? Dan kerana itu juga Ariana dituduh telah mencuri sebuah karya? Sepatutnya paparazi itu yang disaman kerana mengambil gambar Ariana tanpa kebenarannya!

“Hanya kerana Ariana post gambar sendiri boleh kena saman dengan jurugambar? Ini tidak adil,” tulis netizen.

Ariana sebelum ini pernah disaman jurugambar sama apabila penyanyi genit itu memuat naik gambarnya berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan membawa sebuah beg dengan tulisan Sweetener pada 17 Ogos 2018 bersama kapsyen Happy Sweetener Day.

Untuk rekod, Ariana bukan selebriti pertama berdepan kes saman kerana menggunakan gambar yang diambil oleh paparazi tanpa kebenaran.

Januari tahun lalu, model Gigi Hadid turut disaman sebuah agensi selepas memuat naik gambarnya di laman media sosialnya yang mempunyai 44 juta pengikut. – TheBlast.com

 

Kredit artikel dan gambar: mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!