100869

Paris Jackson Keluar Makan Dengan Lelaki Misteri Selepas Sebulan Putus Cinta - Suria FM - Segalanya Hiburan

SELEPAS sebulan mengumumkan perpisahannya dengan Gabriel Glenn, model terkenal Paris Jackson dilihat meluangkan masa dengan jejaka misteri pada malam, Jumaat lalu.

Memetik laporan Hollywoodlife, foto Paris Jackson yang menggayakan pakaian kasual ketika ingin keluar makan malam dengan lelaki tersebut di San Vicente Bungalow in West Hollywood, CA menjadi perhatian.

Bagaimanapun, sehingga kini Paris Jackson tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan saja identiti individu tersebut menjadi misteri.

Sebelum ini, anak kepada penyanyi terkenal Michael Jackson itu dan Gabriel mengambil keputusan untuk berpisah selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

“Paris dan Gabriel sudah berpisah. tapi ia berlaku secara baik dan antara mereka tiada masalah atau simpan perasaan marah.

“Hubungan mereka tidak berpanjangan dan sudah tiba masa untuk Paris teruskan hidupnya,” kata sumber.

Kredit gambar dan artikel mStar dan Hollywoodlife

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...