100650

Park Bo Gum Daftar Latihan Ketenteraan Secara Senyap-Senyap - Suria FM - Segalanya Hiburan

PELAKON terkenal Korea Selatan Pak Bo Gum dilaporkan telah memulakan latihan ketenteraan secara rahsia tanpa pengetahuan peminat bermula Isnin.

Aktor itu membuat permohonan dan diterima menyertai latihan ketenteraan laut sejak awal Jun lalu.

Menurut pihak pengurusan Park, dia bakal melalui latihan asas selama enam minggu sebelum mendaftarkan diri di tentera laut.

“Kami tidak mahu mendedahkan lokasi dan masa pendaftaran Park Bo Gum… dan dia juga akan mendaftar secara diam-diam tanpa sebarang acara membabitkan peminat.

“Kami kini berada dalam keadaan di mana semua orang perlu mengamalkan penjarakan sosial dan memikirkan tentang kesihatan sesama sendiri, jadi kami mohon anda tidak datang melawat,” ujarnya.

Latihan ketenteraan Park Bo Gum dijangka bakal tamat pada April 2022.

Kredit gambar dan artikel mStardan allkpop

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!