90754

Pasangan Duet Terlampau Hebat, Punca Shafie Rio Tersingkir - Suria FM - Segalanya Hiburan

Malang buat peserta Gegarvaganza musim kelima (GV5) iaitu Shafie Rio apabila beliau menjadi mangsa ketiga penyingkiran untuk musim kali ini.

Untuk minggu keempat, kesemua peserta diberikan tugasan lagu duet bersama dengan alumni Gegarvaganza yang terdahulu.

Shafie telah mendendangkan lagu Ada Apa Dengan Cinta berduet bersama juara GV3 Azharina.

Shafie pada malam ini bukan malam yang terbaik untuk dia. Dia kurang menghayati lagu itu dengan baik mungkin kerana masa yang diberi tidak terlalu banyak. Pasangan duetnya juga telah ‘overshadow’ kemampuan Shafie. Saya rasa Azharina buat ‘homework’ lebih banyak daripada Shafie”,

Bila dapat lagu yang lain dari genre kita, banyak benda yang harus kita perhalusi. Antaranya penghayatan dan konsistensi dari segi lontaran suara. Shafie juga mempunyai masalah dari segi ‘pitching’.

Namun Shafie memang seorang penyanyi yang bagus, mungkin pada malam ini Azharina nampak lebih bagus daripada dia. Bila ada pasangan duet kalau tidak seimbang boleh menampakkan kelemahan kita. Apatah lagi lagu itu dimulakan dengan Azharina dengan cukup sedap”, jelas juri undangan Datuk Mokhzani.

Semoga abang Shafie Rio tidak berputus asa,  dan jadikan penyertaan di dalam GV5 ini sebagai batu loncatan untuk kembali menyerlah sebagai penyanyi di Malaysia.

 

Kredit Foto : Instagram Gegarvaganza 2018

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!