87233

Patay Na Si Hesus Menyingkap Realiti Kehidupan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selain filem-filem Hollywood, Bollywood dan juga filem-filem Asia Utara dari Jepun, China serta Korea, filem-filem Asia Tenggara juga semakin mendapat tempat di kalangan penonton dunia.

Ini terbukti dengan begitu banyak kemenangan serta anugerah yang pernah diperolehi oleh penggiat layar Perak dari Indonesia Thailand Malaysia dan negara-negara jiran yang lain.

Tidak ketinggalan dalam meninggalkan kesan di hati peminat adalah filem-filem dari Filipina, sebuah negara yang juga terkenal dengan drama-drama bersiri mereka.

Terbaru filem berjudul Patay Na Si Hesus yang juga pernah memenangi beberapa anugerah antarabangsa kini tiba di Malaysia.

Filem ini memaparkan jalan cerita yang agak mudah di mana ia menyingkap kisah kehidupan yang sering dilalui oleh masyarakat Filipina masa kini. Patay Na Si Hesus (Jesus is Dead dalam Bahasa Inggeris) menceritakan tentang Iyay, seorang ibu tunggal yang sudah lama berpisah dengan suaminya mendapat berita bahawa bekas suaminya itu telah meninggal dunia. Dan walaupun suaminya itu sudahpun mempunyai keluarga baru di sebuah kota yang agak jauh dari tempat tinggalnya, dia merasa terpanggil untuk menghadiri upacara pengebumian bekas suaminya itu bersama dengan tiga orang anaknya.

Di situ bermulalah beberapa kisah lucu yang menceritakan dilema sebenar setiap ahli keluarganya dan bagaimana mereka cuba mengatasi cabaran dalam kehidupan masing-masing.

 

Filem ini ada banyak pengajaran di samping unsur-unsur komedi yang sangat menghiburkan. Patay Na Si Hesus sudahpun mula ditayangkan dari 7 Jun di lima pawagam GSC terpilih iaitu  GSC Mid Valley, GSC Pavilion KL, GSC 1 Utama, GSC Gurney Plaza, Penang, and GSC Paradigm Mall, Johor Bahru.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!