99744

Pavithra Kembali Beraksi, Nampak Ceria! - Suria FM - Segalanya Hiburan

SELAMAT kembali Pavithra. Terima kasih kerana kembali beraksi.

Demikian antara komen netizen terhadap perkongsian terbaharu duo YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra yang memuatnaik video masakan pertama selepas memadamkan kesemua 98 video pada Sabtu lalu.

Dalam video yang dimuatnaik pada lewat petang Selasa, pasangan ini memilih untuk memasak dalca tulang kambing sebagai menu pertama.

‘Vanakkam… hari ini kami masak dalca tulang kambing. Jom kita tengok cara masak dan bahan-bahan dalca tulang kambing yang paling senang dan sedap: demikian kata S Pavithra pada permualaan video.

Menerusi video berdurasi 6 minit 14 saat itu, Pavithra tampil ceria dan bersemangat sepanjang rakaman dilakukan sebagaimana sebelum ini.

Sungguh pun singkat, video tersebut sudah cukup untuk mengubati kerinduan peminatnya yang sentiasa ternanti-nantikan resepi terbaharu pasangan India berkenaan.

la terzahir menerusi komen-komen yang ditulis pada perkongsian video tersebut.

‘Yeayyy kamu kembali. Moga Tuhan merahmati: tulis seorang pelayar.

‘Pavi (Pavithra) kembali. Menuju 1 juta subscribers. Sentiasa menyokong’ tulis seorang lagi netizen.

‘Saya sangat rindu kamu. Gembira melihat kamu kembali,’ komen seorang yang lain pula.

Dalam masa yang sama netizen juga menitipkan kata-kata semangat buat pasangan tersebut selepas kontroversi yang melanda mereka minggu lalu.

‘Abaikan negativiti dan terus ke depan’ tulis seorang netizen.

‘Terus ke depan dengan karier kamu. Semoga berjaya,’ komen seorang yang lain.

Pada Rabu lalu, media melaporkan konflik yang melanda pasangan ini apabila Sugu direman kerana didakwa mencederakan Pavithra.

Pasangan ini kemudian sekali lagi mengejutkan rakyat Malaysia apabila memadam kesemua 98 video yang dimuatnaik di saluran mereka.

Sugu pada Ahad berkata, tindakan itu kerana mereka tidak mahu terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum dan mahu menjalani kehidupan seperti sebelum ini.

Kredit artikel dari mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!