
/wp-content/uploads/2018/08/Munafik-2-3.jpg)
Filem yang menjadi sebutan ramai Munafik 2 telah berjaya memecahkan rekod kutipan tertinggi filem Hantu Kak Limah untuk hari pembukaan.
Ini sekaligus meletakkan Munafik 2 sebagai filem yang merima kutipan paling tinggi untuk hari pembukaan sebanyak RM2 juta 50 ribu mengatasi kutipan Hantu Kak Limah yang berjaya mengumpul RM1.8 juta.
Bukan itu sahaja, filem arahan Syamsul Yusof itu juga berjaya menduduki tangga pertama carta filem tempatan.
Syamsul sewaktu dihubungi SURIA menerusi Whatsapp meluahkan rasa syukur di atas sambutan yang diberikan oleh penonton terhadap filem sekuel Munafik 1 itu yang turut mendapat kutipan pecah panggung.
Melihatkan kutipan yang diterima oleh filem Hantu Kak Limah yang berjaya mengumpul lebih dari RM30 juta, SURIA pasti tidak mustahil kejayaan yang sama bakal diraih oleh Munafik 2 memandangkan terdapat banyak cuti umum sepanjang dua minggu akan datang ini.
Filem Munafik 2 dibintangi oleh Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Dato Rahim Razali, Fauzi Nawawi, Mawi, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi mula menemui penonton di pawagam bermula 29 Ogos 2018.
Tahniah diucapkan kepada Skop Production dan juga warga kerja filem Munafik 2.