101175

Pelakon ‘7 Hari Mencintaiku’ Idris Mat Diah Meninggal Dunia Dalam Tidur - Suria FM - Segalanya Hiburan

SELEPAS dikejutkan dengan kematian beberapa selebriti sejak beberapa hari lalu, seperti Datuk Zulkifli Zain dan Sandra Dianne, dunia hiburan sekali lagi diselubungi berita sedih apabila pelakon veteran Idris Mohd Diah pula meninggal dunia.

Idris, 61, yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dikatakan meninggal dunia ketika sedang tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, Isnin di kediamannya di Presint 9, Putrajaya.

Menurut anak arwah iaitu Alia, ayahnya diketahui tidak sedar diri sekitar pukul 2 pagi dan ketika pasukan perubatan yang dihubungi tiba untuk memberikan rawatan, mereka mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia.

Baca artikel penuh di mStar

Kredit gambar dan artikel mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...