88715

Pelakon Nizen Ayob Meninggal Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon yang pernah membintangi siri Gerak Khas iaitu Nizen Ayob dilaporkan telah meninggal dunia.

Perkara itu dikongsi oleh rakannya iaitu pelakon Sheera Iskandar menerusi kemaskini terbaru Instagram aktres itu.

Sehingga kini SURIA masih tidak dapat mengenal pasti punca kematian pelakon yang turut pernah membintangi drama Suri Hati Mr Pilot itu.

Namun tahun lalu, media pernah melaporkan Nizen pernah terkena buatan sihir sehingga paku dan gigi manusia pernah keluar dari kepalanya.

Marilah kita sama-sama berdoa supaya Roh Nizen Ayob ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!