91234

Pelakon & Pelawak Zaibo Meninggal Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan Pelawak popular Zaibo telah meninggal dunia di kediamannya di Rengit, Batu Pahat Johor pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Arwah Zaibo, 62 menghidapi penyakit kanser esofagus tahap empat.

Berita mengenai kematian arwah Zaibo dimaklum oleh anak tirinya, Hafiz melalui kemaskini di akaun Facebook miliknya.

Arwah dikhabarkan akan dikebumikan selepas solat Isyak malam ini.

Sepanjang hayatnya Zaibo pernah membintangi banyak filem dan sitkom. Antaranya yang paling meninggalkan kesan ialah wataknya sebagai Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya.

Takziah SURIA ucapkan kepada keluarga Allahyarham Zaibo. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

 

Sumber : Utusan

Foto : The Star

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!