Super Spontan, program realiti permainan lawak spontan kembali menemui penonton pada tahun ini dengan edisi istimewa, Super Spontan Xtravaganza.

Tahun ini merupakan tahun ketujuh pernerbitan Super Spontan dan bakal diadakan secara langsung di UPM Serdang bermula 20 Julai ini.

 

Berbezanya pada tahun ini, buat pertama kalinya markah akan melibatkan penjurian daripada juri tetap sebanyak 50%, manakala lagi 50% adalah daripada hasil undian penonton.

Selain itu, uniknya edisi kali ini apabila setiap kumpulan akan dikritik dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Dato’ Afdlin Shauki dan Adibah Noor bersama dengan seorang juri jemputan pada setiap akhir permainan sebelum pemberian markah .

Bertemakan ‘tukang masak’, Super Spontan Xtravaganza membentuk dua buah kumpulan iaitu kumpulan ‘Sotong Kangkung’ yang membawa imej tukang masak jalanan dan kumpulan “Lobster leleh’ yang mencerminkan imej tukang masak di hotel.

Kumpulan ‘Sotong Kangkung’ diketuai oleh Rashid Sallah selaku pengurus pasukan, Achey, Shahrol Shiro, Nizam Jentik Jentik, Tauke Jambu, Atu Zero , Izzue Islam, Siti Elizad dan Modee.

Manakala kumpulan ‘Lobster Leleh’ pula diketuai oleh Reza Zainal selaku pengurus pasukan, Fad Bocey, Abam Bocey, Mamak puteh, Joey, Anas Ridzuan, Zara Zya, Tomok dan Jaa Suzuran.

Bagi memastikan kelancaran perjalanan permainan spontan yang dimainkan, selebriti serba boleh dan versatil yang cukup sinonim dengan program super sponton iaitu Dato’ AC Mizal, kekal sebagai pengacara utama di samping Amir Raja Lawak yang akan bertindak selaku pengacara bersama.

 

Kredit Foto : Mstar Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!