72426

Pelakon Princess Hours Teruja Punya Ramai Peminat Di Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon drama popular Princess Hours versi Thailand mengakui mereka berasa teruja apabila mengetahui mereka mempuyai ramai peminat di Malaysia.

Princess Hours yang diadaptasi dari drama popular Korea ini, dibintangi oleh pelakon-pelakon popular Thailand antaranya Tao Phiangphor, Pattie Ung Sira, Bebe dan Phan Pagniez.

screen-shot-2017-07-11-at-6-30-13-pm

Sebaik mengetahui bahawa kesemua mereka akan berada di Malaysia untuk promosi, peminat-peminat mereka yang sudah menonton drama ini menerusi platform video atas talian Dim Sum, berasa sangat teruja.

screen-shot-2017-07-11-at-6-51-25-pm

Peminat bertuah yang menyertai pertandingan yang dianjurkan Dim Sum dan Suria berpeluang bertemu dan beramah-mesra bersama keempat-empat pelakon utama drama ini.

screen-shot-2017-07-11-at-6-18-17-pm

Satu acara tertutup diadakan di Hotel Capri By Fraser bagi meraikan pemenang bertuah serta acara tayangan perdana episod pertama Princess Hour.

screen-shot-2017-07-11-at-6-18-50-pm

Menurut kesemua pelakon-pelakon berkenaan, mereka sangat terkejut dengan sambutan yang diberikan peminat di Malaysia dan sama sekali tidak menyangka mereka begitu diminati disini.

screen-shot-2017-07-11-at-6-06-09-pm

Ini juga adalah pengalaman pertama mereka berempat melakukan promosi di luar negara untuk bertemu peminat.

screen-shot-2017-07-11-at-6-08-26-pm
Sambutan luar biasa itu berlanjutan pada acara bertemu peminat secara terbuka di kompleks membeli belah Sunway Pyramid.

screen-shot-2017-07-11-at-6-05-24-pm

Ramai peminat yang hadir untuk melihat pelakon kegemaran mereka dari dekat. Malah ada yang membawa sepanduk tanda sokongan kepada bintang kesayangan mereka.

screen-shot-2017-07-11-at-6-05-54-pm

 

screen-shot-2017-07-11-at-6-40-52-pm

Pelbagai aktiviti menarik dilakukan sepanjang acara itu antaranya bermain permainan melukis bersama peminat di atas pentas.

screen-shot-2017-07-11-at-6-45-34-pm

screen-shot-2017-07-11-at-6-52-42-pm

 

screen-shot-2017-07-11-at-6-54-38-pm

Peminat menjadi semakin teruja apabila mereka berpeluang untuk naik ke atas pentas bagi sesi menandatangani poster oleh kesemua bintang berkenaan.

screen-shot-2017-07-11-at-6-56-24-pm

Malah ada peminat yang menangis kegembiraan kerana tidak percaya mereka berpeluang bertemu empat mata dengan bintang antarabangsa kesayangan mereka.

princess-hours-thai

Bagi anda yang ingin menonton drama hebat ini, bolehlah berkunjung ke laman sesawang Dim Sum.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!