72405

Pelakon Veteran Osman Zailani Meninggal Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

oz2

Pelakon veteran Osman Zailani meninggal dunia malam tadi jam 9.30 malam di Hospital Khoo Teck Puat di Singapura.

Khabar duka itu disampaikan cucunya Hady Mirza yang juga bekas juara Singapore Idol musim kedua dan Asian Idol lewat laman Facebooknya.

msg-hm

Allahyarham Osman (atau nama sebenarnya Mohammad bin Kechut) berusia 85 tahun tika dimasukkan ke hospital dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

bh_20140408_hihadymirzapix4_1033521-berita-harian-sg
Gambar ihsan Berita Harian Singapura

Generasi masa kini mungkin kurang mengenali nama Allahyarham Osman Zailani, tapi buat pengikut dunia hiburan Melayu era-80an, nama beliau tidak asing lagi.

Osman sudah berkecimpung dalam dunia hiburan lebih 50 tahun dan pernah mewarnai dunia hiburan serantau serta antarabangsa. Selain terkenal lewat wataknya dalam drama rantaian popular PJ Holdings awal 80-an dulu, Allahyarham juga pernah memgang watak Ong Lee, dalam siri TV Hollywood popular Hawaii Five-O pada tahun 70-an.

Allahyarham yang pernah ditemui ketika menetap di Cheras dahulu memang dikenali sebagai seorang yang sangat baik hati dan mudah mesra dengan orang ramai.

Suria mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan menyampaikan salam takziah buat Hady Mirza serta keluarga besar Allahyarham.

Untuk lebih banyak berita hiburan klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!