86132

PELANCARAN TABUNG KANSER ELYANA DAN TABUNG AMAL SILATURAHIM RAKAN – RAKAN ROCKERS OTAI KLANG - Suria FM - Segalanya Hiburan

Karnival Puspanita Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2018 adalah satu karnival yang julung kali diadakan oleh PUSPANITA KPM dengan kerjasama PERINTIS GROUP. Bertemakan hargai wanita dan wanita perkasa diharap karnival ini di penuhi dengan semangat wanita dalam memacu pembangunan negara. Bertempat di Putrajaya pada 12 Mei 2018 hari Sabtu, karnival ini menyasarkan penyertaan seramai 15,000 orang dengan pelbagai acara bagi pengisian seisi keluarga. Antaranya Srikandi Run 2018, gerai karnival, persembahan artis, konvoi motosikal berkuasa tinggi dan banyak lagi.


Istimewa kali ini selain karnival, pihak kami dengan sukacitanya, ingin menjadi perantara kepada tanggungjawab sosial menyampaikan masej kesedaran kepada kekuatan wanita dengan memilih Elyana dan juga Silaturahim Rakan- Rakan Rockers Otai Klang sebagai simbol kepada kekuatan dan semangat wanita. Untuk tabung kanser Elyana, setiap RM 1 melalui penyertaan Srikandi Run akan di serahkan kepada beliau. Manakala bagi Tabung Silaturahim Rakan -Rakan Rockers Otai Klang pula boleh terus ke penama WARISAN SOUND di akaun CIMB Bank 80-0285607-2.

 

Kedua – dua tabung sumbangan ini akan di buka sehingga hari karnival berlangsung. Kesemua artis ini akan membuat persembahan istimewa kepada pengunjung serta beramah mesra melalui program-program yang di adakan. Harapan kami agar usaha sebegini sedikit sebanyak akan membantu meringankan bebanan yang mereka hadapi dan semestinya setiap kita harus ada rasa kebersamaan dalam memberikan bantuan dan sokongan.

Di samping itu juga, karnival ini mengajak seisi keluarga bersama-sama meraikan wanita sebagai permata berharga dalam kehidupan mereka. PUSPANITA KPM mengalukan penyertaan dari segenap peringkat umur, agama dan bangsa tidak kira mewakili agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan NGO dan persendirian. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila layari facebook dan instagram rasmi di karnivalpuspanitakpmn juga #hargai wanita #wanitaperkasa #puspanitakpm dan #perintisgroup. Di sana kami akan kongsikan segala maklumat berkenaan karnival serta program-program dan tawaran hebat dalam karnival kali ini.

Bertemakan Hargai Wanita dan Wanita Perkasa. Karnival ini memfokuskan kepada usaha memperkasakan kemampuan serta kepimpinan wanita di dalam pelbagai jenis bidang dan sektor sesuai dengan gelaran srikandi yang khusus kepada keupayaan wanita yang telah terbukti sejak zaman berzaman.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!