89663

Pelawak Accapan Meninggal Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan pelawak terkenal, Accapan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinam, 60, meninggal dunia akibat masalah kegagalan buah pinggang, pada jam awal pagi tadi.

Accapan meninggalkan seorang balu, Yogeswari Subramaniam, 53, dan tiga anak iaitu Vikneshwaran, 31, Dhineshwaran, 28, dan Yhuveneshwary, 24.

Mendiang Accapan adalah pelawak berbangsa India yang sangat dikenali dalam industri hiburan tempatan sejak era 1970-an.

Namanya semakin sinonim sebagai pelawak apabila membintangi sitkom Santan Berlada pada era 1980-an bersama Khairul Azhar dan Allahyarham Ali Mamak.

Ketika hayatnya, Accapan sering menghiburkan rakyat Malaysia dengan aksi lucunya yang bersahaja. Antara filem Accapan yang masih diingati sehingga kini ialah Lagi-lagi Senario, Mira Edora, Adik, Ghazal Untuk Rabiah, Gila Bola dan banyak lagi.

Perginya mendiang Accapan bermakna industri negara hilang lagi sebutir bintang yang pernah menyerikan arena seni Malaysia. Takziah dari SURIA.

Sumber : Berita Harian

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!