72189

Peluang Menonton Afgan Secara Langsung! - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-04-17-at-11-10-50-am

Buat para pencinta penyanyi dari seberang Afgan, kami di Suria ada berita baik untuk anda! Bermula hari ini sehingga Jumaat 21 April 2017 di segmen Suria Pagi dan Suria Petang, anda berpeluang untuk memenangi sepasang tiket bernilai RM800 setiap satu buat menonton penyanyi kacak ini di Kuala Lumpur!

Suria selaku rakan media mengalu-alukan para pendengar untuk menyertai pertandingan ini dengan mendengar segmen Suria Pagi serta Suria Petang, di mana kami akan memainkan lagu-lagu popular Afgan dan kemudian para pemanggil diminta untuk menyambung nyanyian dalam lagu yang dimainkan.

Processed with VSCO with 10 preset

 

Sekiranya berjaya, peserta akan memenangi bukan satu, tapi dua keping tiket ke acara bersempena Minggu Setiausaha ‘An Intimate Evening With Afghan and The Gandarianz’ di Tamingsari Ballroom, di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur pada hari Khamis 27 April 2017 jam 7.30 malam.

Jadi tunggu apa lagi? Pastikan anda mengikuti segmen Suria Pagi dan Suria Petang untuk mendapatkan isyarat memanggil bagi memenangi tiket-tiket eksklusif ini. Kami di Suria menantikan panggilan anda!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!