90761

Peluang Menonton Gol & Gincu 2 Bersama Kaka Azraff - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum filem ‘Gol & Gincu Vol. 2’ bakal ditayangkan kepada umum pada 25 Oktober ini. Bagi menghangatkan lagi suasana menjelang tarikh tayangan tersebut, Warner Music Malaysia dan Red Films dengan kerjasama TikTok, aplikasi video pendek yang menterjemahkan hasil kreativiti dan minat pereka kandungan dari seluruh pelosok dunia, telah melancarkan kempen “Tonton Gol & Gincu Vol. 2 Bersama Kaka Azraff”.

Dalam landskap media sosial yang mementingkan sajian visual, kolaborasi ini bakal mewarnai lagi rangka promosi lagu tema dan filem ‘Gol & Gincu Vol. 2’.

Kempen “Tonton Gol & Gincu Vol. 2 Bersama Kaka Azraff” yang bakal bermula dari 15 hingga 24 Oktober 2018 ini, menjemput orang ramai untuk menyertai cabaran tarian #gg2dance di aplikasi TikTok. Untuk menyertainya, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah di bawah:-

1. Muat turun aplikasi TikTok dari Apple App Store atau Google Play Store.
2. Rakam video menggunakan aplikasi TikTok yang memaparkan anda menari berlatarkan lagu ‘Shout It Out’ nyanyian Kaka Azraff.
3. Muat naik video TikTok anda dengan hashtag #gg2dance.
4. Kongsi dan jemput rakan-rakan anda untuk menontonnya di aplikasi TikTok.

Warner Music Malaysia mencari lima (5) video yang menerima tontonan tertinggi di aplikasi TikTok dengan hashtag #gg2dance. Setiap pemenang terpilih akan memenangi dua (2) pas untuk menonton filem ‘Gol & Gincu Vol. 2’ secara eksklusif bersama Kaka Azraff.

Cara-cara menari untuk cabaran ini, sila layari saluran Youtube Warner Music Malaysia atau klik di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=MnqN6mTdPcc .

Dengarkan lagu tema ‘Gol & Gincu Vol. 2’ – ‘Shout It Out’ oleh Kaka Azraff dan ‘Hari-Hariku’ oleh Aizat Amdan feat Intan Serah & Annabel Michael di pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox dan iTunes. Video muzik rasmi ‘Gol & Gincu Vol. 2’ pula boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia.

Ketahui lebih lanjut mengenai filem ‘Gol & Gincu Vol. 2’ di laman web www.golgincu2.com.my dan layari Saluran Youtube Warner Music Malaysia untuk video cabaran ini atau klik di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=MnqN6mTdPcc .

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!