71894

Pemergian Insan Seni Sepanjang Tahun 2016 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sepanjang tahun 2016, industri hiburan tanah air telah kehilangan beberapa seniman yang telah banyak menabur jasa. Sesungguhnya pemergian mereka tiada pengganti sampai bila-bila. Segala jasa, pengorbanan dan usaha mereka tidak dapat kita sangkal lagi. 

Al-fatihah…..

Tan Sri SM Salim (1928 – 2016)

sm_salim

Baru sahaja meninggalkan kita, Biduan negara Tan Sri SM Salim yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 29 Disember 2016, jam 5.44 petang. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di rumah anaknya yang terletak di Ulu Klang, Ampang. SM Salim memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi pada 1950-an terkenal dengan lagu-lagu Melayu klasik dan menjadi pejuang irama tradisional.

Salleh Brothers (1976 – 2016)

khairruddin_khalibb-transformed

Anggota kumpulan nasyid Brothers iaitu Mohd Salleh Mohamed Deril meninggal dunia pada pukul 3.25 petang Khamis, 6 Oktober, di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat darah tinggi dan serangan jantung selepas dimasukkan ke hospital. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.

Pelawak veteran Pie (1931 – 2016)

pelawak-veteran-pak-piee-meninggal-dunia-rotikaya-700x420

Pelawak veteran Pie atau nama sebenar Shafiee Jaafar meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 9 malam, 11 Ogos 2016 di kediaman anaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Aziz Singah (1941 – 2016)

timthumb

Pelakon veteran Datuk Aziz Singah meninggal dunia di kediamannya di Seri Kembangan, Serdang pada pukul 11.10 malam Jumaat, 1 Julai yang lalu akibat kanser prostat. Allahyarham yang popular pada era 1980-an pernah membintangi banyak drama termasuklah beberapa buah filem termasuklah Maria Mariana terbitan Skop Productions.

Mr. Os (1961 – 2016)

osss

Perginya Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid meniggalkan kesan kepada industri lawak tanah air. Pelawak veteran ini juga merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara. Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 8 April pada usia 55 tahun. 

Datuk Adnan Abu Hassan (1959 – 2016)

adnan-abu-hassan-1

Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi, 18 March, di Hospital Selayang kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Antara karyanya yang pernah popular suatu ketika dahulu ialah Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.

Sumber : Astro Gempak

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!