87798

Peminat Ajak AJ Mentor Otai Ke Ranjang, Kirim Gambar Bogel. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi yang baru sahaja muncul dalam program realiti Mentor Otai iaitu AJ yang merupakan protege Tam Spider mengakui sering menerima ajakan nakal dari peminat wanita.

Memiliki rupada paras yang kacak, AJ pastinya menjadi idaman ramai wanita terutamanya janda.

“Sebenarnya ramai juga yang sering mesej saya di Instagram untuk berkenalan. Malah ada juga yang berani ajak ke ranjang dan menghantar gambar bogel mereka. tapi saya masih waras dan tidak mengendahkan permintaan sebegitu”, jelasnya.

Kata AJ lagi, bukan sahaja golongan janda, tetapi anak dara juga sering mencuba untuk mendapatkannya.

“Saya mahu fokus kepada karier nyanyian saya dan tidak mahu terganggu dengan hal-hal sebegini yang boleh menjatuhkan karier saya”, ujarnya.

Dalam perkembangan lain, AJ dikhabarkan bakal melancarkan sebuah single pada bulan Julai nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!