96855

Peminat Bimbang Keadaan Mental Ahn Jae Hyun - Suria FM - Segalanya Hiburan

Perkongsian foto terbaharu pelakon Ahn Jae Hyun di laman Instagramnya mengundang kebimbangan peminat.

Menerusi kapsyen di foto tersebut, Ahn Jae Hyun meminta semua orang untuk melupakan dirinya.

Bagaimanapun, foto yang dimuat naik itu telah dipadam selepas peminat meluahkan rasa bimbang dengan keadaan mental aktor tersebut.

Sumber daripada agensinya, HB Entertainment memberitahu mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan ia dimuat naik menerusi akaun laman sosial peribadi pelakon itu.

“Sekarang ini, perkongsian itu sudah tiada sebab dia sudah memadam foto tersebut. Sebagai agensi, kami tidak ada apa-apa untuk diperkatakan mengenai perkara itu.

“Sebab foto itu dimuat naik di akaun laman sosial peribadi Ahn Jae Hyun. Dia mungkin tidak mahu berkongsi mengenai kehidupan peribadi.

“Tapi kami akan cuba menghubungi dia untuk periksa keadaannya,” katanya.

Sumber – Soompi

Dapatkan bantuan profesional sekiranya anda menghadapi simptom kemurungan/kesihatan mental.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!