90779

Peminat Doakan Issey & ‘Mikan’ Bertemu Jodoh - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini penyampai Team Pagi Suria iaitu Issey telah memuatnaik video dirinya bersama pelakon JKKK iaitu Yuumi atau lebih dikenali sebagai Mikan ketika berkunjung ke Jepun.

Yuumi yang pernah membintangi sitkom popular JKKK itu kini bergelar Ratu Cantik Jepun dan bakal bertanding di Miss Universe Disember depan.

Ramai peminat mereka berdua yang teruja melihat video yang dimuatnaik Issey itu.

Malah ada beberapa peminat yang mendoakan semoga mereka berdua bertemu jodoh.

 

Amboi sampai begitu sekali ya peminat Issey dan Yuumi ni! Tapi apa salahnya, dua-dua masih solo kan?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!