87525

Peminat Haqiem Rusli Menunggu Awal Julai.. - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Baru-baru ini pihak Suria terkejut membaca berita yang disiarkan di Harian Metro berkenaan penyanyi muda yang semakin popular, Haqiem Rusli.

Menurut laporan akhbar oleh Georgie Joseph itu, penyanyi Haqiem Rusli mengumumkan dia mungkin akan berhenti menyanyi disebabkan masalah depresi sejak awal tahun ini.

Haqiem berkata dia akan memberitahu keputusan sama ada meneruskan untuk jadi penyanyi atau berhenti pada awal bulan depan menerusi Instagram.

“Pengumuman penting kepada semua, sudah lama saya tunggu saat ini, dalam keadaan sekarang atau waktu yang tepat.

“Saya ingin memberitahu mengenai posisi saya dalam industri muzik, berhenti atau tidak. Pada awal bulan Julai saya akan memberikan jawapan sepenuhnya.

“Banyak perkara yang berlaku apabila saya dalam industri muzik. Mereka yang bercakap senang tapi saya rasa sakit dan perit,” katanya.

Haqiem juga memutuskan untuk berehat daripada media sosial namun masih akan menjayakan tawaran persembahan.

“Buat masa sekarang, saya mahu berehat daripada media sosial dan pada 24 Jun akan hadirkan diri untuk persembahan di Ipoh. Mungkin ia akan menjadi persembahan terakhir saya sebagai penyanyi.

“70 peratus diri saya sudah mengatakan ya tapi apa-apa boleh berlaku,” katanya.

Haqiem turut memohon maaf kepada peminatnya dan berharap mereka faham dengan pelbagai kesukaran dilaluinya kebelakangan ini.

“Kepada Qiemilio, jangan marah dan harap faham keadaan saya. Anda pun tahu saya berhadap depresi sejak awal tahun dan ia terus berlaku sehingga sekarang.

“Bukan depresi saja, macam-macam lagi. Keluarga serta pihak FMC sudah memberi rehat kepada saya untuk berfikir sehingga hujung bulan Jun.

“Tunggu saya akan beritahu keputusan pada awal Julai nanti,” katanya.

Dalam pada itu, ramai peminat di Instagram mendoakan yang terbaik buatnya dan tidak ketinggalan ada mendakwa pengumuman itu sekadar gimik untuk lagu akan datang.

Khabarnya pihak Harian Metro telah cuba menghubungi Haqiem menerusi panggilan telefon dan mesej namun tidak berhasil.

Kami di Suria mendoakan yang terbaik buat Haqiem Rusli dan semoga bakat Haqiem akan terus dapat diiktiraf oleh peminat seni tempatan.

Sumber : Harian Metro

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!