72326

Peminat Lofa dan Fattah Di Ambang 'Penceraian'? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya kesucian bulan Ramadan di Malaysia sedikit tercemar dengan kontroversi peminat Lofattah yang hampir setiap hari bertelagah di media sosial mengutuk satu sama lain.

Terbaru apabila Neelofa dikatakan menyindir seorang individu yang tidak disebutkan namanya. Namun ramai netizen percaya bahawa sindiran itu ditujukan kepada suaminya di dalam drama Suri Hati Mr Pilot, Fattah Amin.

unnamed

Fattah dipercayai sepatutnya hadir ke set Meletop pada Selasa lalu untuk mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella. Tetapi dia dikatakan telah membatalkan kemunculannya di saat akhir.

screen-shot-2017-06-01-at-10-35-17-am

Akibat dari sindiran itu, perang telah meletus di antara peminat Neelofa dan Fattah Amin. Peminat yang dulunya begitu akrab sehinggakan ada yang mahu bersolat hajat untuk mereka kini dilihat seakan-akan berada di ambang penceraian.

screen-shot-2017-06-01-at-12-09-41-pmMenurut Michael Ang di dalam video yang dimuatnaiknya pula, dia menyatakan bahawa Fattah Amin dan Fazura akan buat kemunculan di episod yang akan datang.

Dari maklumat yang Suria dapat, Neelofa dan Nabil dikatakan bakal berangkat Ke Mekkah tidak lama lagi. Jadi adakah Fattah dan Fazura akan ke set Meletop apabila ketiadaan Neelofa dan Nabil?

Sama-sama kita tunggu okay!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!