85047

Peminat Mahu Azah Aziz Buat Comeback - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon Azah Aziz pernah popular sekitar tahun 90 an dahulu dan wajahnya sering menghiasi kaca televisyen sebagai pelakon drama mahupun iklan.

Drama Cinta Korporat gandingannya bersama Rusdi Ramli benar-benar melonjakkan nama Azah Aziz sebagai pelakon popular pada era 90 an.

Namun selepas bernikah dengan jejaka yang berasal dari Perancis, Azah memilih untuk menetap di luar negara bersama suami dan 3 anaknya.

Baru-baru ini menerusi Instagramnya, Azah ada memuatnaik gambar ‘screen shot’ pelakon Remy Ishak yang telah meninggalkan komen di Instagramnya.

Dalam gambar itu, Remy telah menulis bahawa dia merupakan peminat kepada Azah Aziz.

whatsapp-image-2018-02-09-at-6-44-33-pm-2

Azah yang masih menetap di luar negara merupakan peminat drama Kekasih Paksa Rela yang dilakonkan oleh Remy Ishak.

Di ruangan komen gambar itu, ramai peminat-peminat Azah yang mengatakan bahawa mereka rindukan lakonan Azah dan mahu melihatnya membuat ‘comeback’.

whatsapp-image-2018-02-09-at-6-44-33-pm-3

Azah sempat membalas komen seorang peminat dengan mengatakan dia akan membuat ‘comeback’ jika ada tawaran yang datang.

whatsapp-image-2018-02-09-at-6-44-33-pm-1

Nampaknya masih ramai peminat yang rindukan lakonan Azah. Azah pun masih cantik bergaya biarpun sudah memilik tiga anak.

Semoga kita dapat saksikan lakonan Azah lagi di kaca televisyen tempatan ya. Kepada penerbit-penerbit drama di luar sana, apa lagi cepat-cepat la ‘booking’ Azah ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!