90854

“Peminat Masih Tak Boleh ‘Move On’ Dengan Watak Pak Cik”- Shah Hazvee - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon semakin meningkat naik Shah Hazvee mengakui peminat-peminatnya masih tidak boleh ‘move on’ dengan wataknya dalam drama popuar Monalisa yang disiarkan di saluran Astro beberapa bulan lalu.

Dalam drama Monalisa, Shah membawakan watak adik kepada Nazim Othman yang bernama Afif namun dipanggil Pak Cik oleh seorang gadis terencat bernama Melina.

Gara-gara watak itu, nama panggilan Pak Cik terus melekat kepadanya , malah peminat-peminat Shah dan drama Monalisa masih memanggilnya dengan gelaran Pak Cik.

“Sampai sekarang mereka masih panggil saya Pak Cik. Watak itu benar-benar melekat di ingatan mereka. Kalau dilihat komen-komen yang ditinggalkan di Instagram saya, mereka masih memanggil saya Pak Cik”, jelas jejaka berusia 22 tahun ini.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang berkulit putih melepak ini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaru untuk slot Mega Drama di Astro berjudul Kan Ku Kejar Cinta Kamu.

“Dalam drama ini sekali lagi saya memainkan watak sebagai adik kepada hero. Tetapi kali ini saya menjadi adik kepada Fendy Bakri dan cucu kepada pelakon veteran Delimawati.

Ini juga kali pertama saya berlakon di bawah arahan Yusry KRU. Sejujurnya pada awalnya saya agak gementar untuk berlakon di bawah arahan beliau. Namun nasib baik Yusry seorang yang sangat cool”, ujarnya.

 

Pasti ramai peminat yang tidak sabar untuk menonton Shah Hazvee dalam drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu yang turut dibintangi oleh Amyra Rosli itu. Barisan pelakon dan pengarah pun hebat-hebat belaka. Pasti meletup!

SURIA doakan semoga Shah berjaya membawakan watak hero pula satu hari nanti. Yang penting jangan putus asa untuk berikan yang terbaik.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!