86941

Peminat & Rakan Artis Ucap ‘Stay Strong’ Kepada Syafiq Kyle - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pada ketika ini pelakon popular Syafiq Kyle sedang berhadapan dengan ujian yang terbesar dalam hidupnya.

Video panas yang dikatakan dirinya sedang rancak tular di media sosial sehingga meangaibkan aktor itu di saat umat Islam sedang fokus dengan ibadah puasa.

Syafiq telah pun memuatnaik kenyataan rasmi di akaun Instagramnya. kata Syafiq, dia dan pihak pengurusan memandang serius akan isu ini dan sedang mengenal pasti jalan yang terbaik untuk memastikan perkara itu diselesaikan sebaik mungkin.

Katanya lagi, dia turut berterima kasih kepada teman-teman, pihak media serta peminat yang tidak henti-henti menyokongnya disaat dia dilanda ujian besar seperti ini.

Rakan-rakan artis dan juga peminat Syafiq tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat ‘be strong’ kepadanya.

Persoalannya siapa yang bertanggungjawab menyebarkan video itu di bulan yang mulia ini? Semoga niat jahat individu tersebut dibalas dengan hukuman yang setimpalnya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!