72234

Peminat Sanggup Berhujan Demi Kemuncak Jelajah Suria 10 Tahun di Mydin USJ - Suria FM - Segalanya Hiburan
whatsapp-image-2017-04-30-at-10-25-52-pm-1
Gambar ihsan Instagram Liyana Jasmay

Setelah empat minggu berturut-turut menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia untuk bertemu dan mendekati pendengar setia, Jelajah Suria 10 Tahun akhirnya melabuhkan tirai di konsert kemuncaknya yang berlangsung di Mydin USJ Sabtu lalu.

whatsapp-image-2017-04-29-at-8-43-40-pm

Acara yang dimulakan seawal jam lima petang itu menyaksikan ramai artis popular hadir untuk menghiburkan peminat. Biarpun cuaca pada awal petang itu tidak menyebelahi para penonton gara-gara hujan lebat, peminat tetap tidak berganjak dan terus setia menikmati persembahan artis-artis popular yang datang.

whatsapp-image-2017-04-29-at-6-58-52-pm

Ramai yang sanggup meredahi hujan semata-mata untuk mendekati penyanyi dan penyampai Suria kesayangan mereka.

whatsapp-image-2017-04-29-at-9-10-44-pm

Lebih istimewa lagi, kehadiran para penyampai Suria telah menceriakan lagi suasana saat mereka turut serta berceloteh dengan artis jemputan selain bermain aneka permainan dengan penonton yang hadir.

whatsapp-image-2017-04-30-at-10-25-52-pm

Sepanjang petang dan malam tersebut, banyak hadiah-hadiah menarik telah diberikan kepada penonton. Ini termasuklah barangan khas Suria dan juga wang tunai buat beberapa pemenang cabutan bertuah.

whatsapp-image-2017-04-29-at-11-00-33-pm

Konsert kemuncak Jelajah Suria 10 Tahun itu menyaksikan penampilan nama-nama besar industri muzik tanah air seperti Aizat, Syamel, Syed Shamim, Drama Band, Awi Rafael, Kaka Azraff, Liyana Jasmay, Hazama, dan juga Akim and the Majistret selaku persembahan penutup.

Kami di Suria benar-benar terharu atas sokongan yang diberikan oleh semua yang hadir pada hari tersebut dan berharap para pendengar kami akan terus setia menyokong kami!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!