89090

Peminat Tak Puas Hati Andi Bernadee Tersingkir - Suria FM - Segalanya Hiburan

Lumrah pertandingan, ada yang menang ada yang kalah dan ada yang tersingkir. Itulah yang terjadi kepada salah seorang perserta Big Stage iaitu Andi Bernadee apabila dia menjadi mangsa penyingkiran malam tadi.

Andi berada di kedudukan tiga terbawah bersama-sama Tajul dan Afiq Syazwan, namun tuah tidak menyebelahinya apabila undian menerusi aplikasi Tik Tok telah menyelamatkan Tajul dan Afiq.

Untuk konsert mingguan yang ketiga, Andi menyanyikan lagu Tak Pernah Hilang nyanyian asal Kaer dan Amylea berduet bersama Indah Ruhaila.

Namun ternyata rezeki Andi terhenti sampai ke minggu ketiga sahaja menjadikannya peserta kedua yang tersingkir dari pentas Big Stage selepas Fara Hezel.

SURIA doakan semoga kerjaya Andi akan lebih menyinar selepas ini kerana menang atau kalah bukan penentu masa depan seseorang artis di dalam industri. Lihat saja Ayda Jebat dan Aizat Hamdan. Mereka bukan pemenang namun berjaya mengukir nama di persada seni tanah air.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!