89538

Peminat Tawarkan Diri Untuk Jadi ‘Sugar Mummy’ & Sugar Daddy Kepada Idris Khan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon kacak yang bertubuh tinggi lampai iaitu Idris Khan mengakui sering digoda oleh peminat wanita dan juga lelaki.

Memiliki rupa paras yang tampan serta sosok tubuh yang menarik, pastinya hero drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ini sering menjadi dambaan peminatnya termasuklah yang sama jantina.

Menurut Idris, sudah menjadi lumrah sebagai seorang artis pasti akan ada godaan seperti ini dari peminat dan dia sendiri tidak boleh mengelak daripada perkara itu terjadi.

“Kita tak boleh nak halang apa yang orang nak. Peminat nak ‘try atau berminat dengan kita. Tapi bagi saya, kita perlu tahu macam mana nak kawal perkara sebegini” jelasnya.

Tambah bekas finalis Hero Remaja 2007/2008 ini lagi, ada peminat yang berani menawarkan diri untuk menjadi ‘sugar mummy’ dan ‘sugar daddy’ kepadanya.

Beralih kepada cerita kerjaya lakonan, Idris bakal muncul dengan sebuah drama seram komedi berjudul Salon yang diarahkan oleh Khabir Bhatia.

Drama berbahasa Inggeris itu bakal ditayangkan di saluran atas talian VIU dan juga NTV7.

Membawakan watak sebagai seorang bekas pegawai polis yang bertugas sebagai penyiasat bersendirian, Idris menerima tawaran ini kerana kelainan watak yang ditawarkan.

“Selain itu sebab saya terima tawaran ini adalah kerana ia drama yang berbahasa Inggeris. Ini adlaah sesuatu yang saya mahu cuba sebagai pelakon sebab saya boeh bertutur dalam bahasa Inggeris. Jadi peluang ini sangat bagus untuk saya”, ujarnya.

Idris juga bakal muncul dengan sebuah filem tidak lama lagi di mana dia akan membawakan watak sebagai seorang gangster.

Tahniah diucapkan kepada Idris Khan di atas kemunculannya di dalam siri Salon. Dan kepada peminat Idris yang cuba menggoda atau mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya, Awas! Idris sudah mempunyai kekasih hati dan akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Bertaubatlah!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!