86181

Peminat Terkejut Deepika Padukone Muatnaik Foto Bersama Bekas Kekasih - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone telah mengejutkan peminat-peminatnya apabila beliau telah memuatnaik gambarnya bersama bekas kekasih iaitu Ranbir Kapoor di Instagram.

Deepika dan Ranbir pernah dilamun cinta beberapa tahun yang lalu, namun hubungan mereka terputus di tengah jalan. Kisah percintaan mereka mendapat liputan yang meluas di Bollywood.

Kini Deepika sedang menjalin asmara dengan seorang lagi pelakon iaitu Ranveer Singh dan mereka dikatakan bakal berkahwin hujung tahun ini.

Gambar mesra yang dimuatnaik Deepika itu telah membuatkan peminat-peminatnya terkejut dan rasa kasihan kepada Ranveer.

Foto itu diambil sempena dengan pertunjukan fesyen pereka fesyen terkenal India, Manish Malholtra dimana Deepika dan Ranbir menjadi ‘Muse’ untuk koleksi terbarunya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!