72428

Peminat Teruja DJ Lin Datang Rumah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyampai radio popular Suria DJ Lin baru-baru ini telah meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah terbuka anjuran peminat-peminat bertuahnya.

screen-shot-2017-07-12-at-12-43-31-pm

Saban tahun DJ Lin mengambil inisiatif medekatkan diri bersama peminat dengan berkunjung ke rumah terbuka mereka bagi menghargai sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadapnya sejak 10 tahun lalu.

screen-shot-2017-07-12-at-11-52-51-am

“Lin anggap peminat Lin bukan sekadar peminat semata-mata tetapi sebagai keluarga. Inilah masanya untuk Lin membalas kembali jasa mereka”, jelasnya.

screen-shot-2017-07-12-at-11-51-09-am

Menurut pengendali segmen Suria Cinta ini lagi, beliau tidak kisah berkorban sedikit masa, tenaga dan wang ringgit demi bertemu peminat-peminatnya.

screen-shot-2017-07-12-at-11-51-31-am

Menariknya Konvoi Raya Suria bersama DJ Lin kali ini, 11 rumah terpilih untuk dikunjungi, malah DJ Lin tidak datang dengan tangan kosong, tetapi membawa hadiah kepada peminat bertuah.

screen-shot-2017-07-12-at-12-24-20-pm

screen-shot-2017-07-12-at-11-52-12-am

Luah Dj Lin beliau begitu terharu apabila ada peminatnya dari Teluk Panglima yang sanggup memukat ketam di Pulau Carey semata-mata mahu memasak hidangan istimewa untuknya.

screen-shot-2017-07-12-at-12-34-27-pm

Bukan itu saja, ada juga peminat yang sanggup memasak juadah kegemaran DJ Lin iaitu Laksa Johor walaupun tidak pernah memasak juadah itu seumur hidup.

screen-shot-2017-07-12-at-12-23-09-pm

Lebih menarik DJ Lin turut berkunjung ke majlis perkahwinan peminatnya pada hari yang sama.

screen-shot-2017-07-12-at-11-53-27-am

Wajah keterujaan jelas terpancar di setiap wajah peminat-peminat DJ Lin apabila melihat susuk tubuh wanita tinggi lampai ini berada di hadapan pintu rumah mereka untuk beraya.

screen-shot-2017-07-12-at-11-51-41-am

Kunjungan DJ Lin bersama kru Suria disambut mesra oleh setiap rumah yang dikunjungi. Masing-masing tidak mahu lepaskan peluang beramah mesra bersama penyampai kesayangan mereka serta berkongsi cerita.

screen-shot-2017-07-12-at-12-23-46-pm

DJ Lin berterima kasih kepada semua peminat-peminatnya yang tidak jemu-jemu menyokongnya dari dulu. Beliau juga berharap apa yang dilakukannya ini dapat memberi inspirasi kepada penyampai-penyampai untuk mendekatkan diri dengan peminat.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!